Informasi Permainan Video Terkini
Just Dance 2020 Diumumkan – Bakal Tiba November Ini Di Pelbagai Platform

Just Dance 2020 Diumumkan – Bakal Tiba November Ini Di Pelbagai Platform

Diterbitkan pada June 11, 2019 oleh .

Ubisoft hari ini mengumumkan Just Dance 2020 akan dilancarkan pada 5 November 2019 ini di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch, Stadia dan menariknya sekali, di Nintendo Wii.

Dengan menyertakan lebih dari 40 lagu baharu, pemain juga berupaya untuk mendapatkan pelbagai lagi lagu lain yang dilancarkan sebelum ini melalui langganan Just Dance Unlimited. Antara lagu baharu terdiri daripada pelbagai artis terkenal seperti Black Pink, Arianna Grande dan sebagainya.

Pelancaran ini juga adalah bersempena ulang thaun ke-10 buat permainan tersebut dan bagi anda yang minati permainan ini, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkannya menjelang November ini.


TIPS & ULASAN