Ketika acara persidangan Ubisoft, mereka juga mengumumkan satu permua baharu iaitu Tom Clancy’s Elite Squad di mana ianya bakal tiba di peranti iOS dan Android.

Menurut Ubisoft, permua tersebut memfokuskan bentuk berpasukan 5 lawan 5 dengan pelbagai watak-watak daripada siri Tom Clancy’s seperti Sam Fisher dari Splinter Cell dan juga watak dari siri Division. Menariknya, pemain berupaya untuk menghasilkan pasukan pemain sendiri berdasarkan watak tersebut.

Permua ini juga akan menyertakan kempen permainan yang menarik dicampur penceritaannya tersendiri. Ianya juga menyertakan mod bertempur dengan pemain lain yang pasti memberi bentuk kompetitif yang menarik buat pemain.

Menariknya, bersempena dengan pengumuman ini, anda berpeluang untuk mendapatkan watak Cole D. Walker daripada permainan akan datang Ghost Recon Breakpoint jika anda membuat pra-pendaftaran di laman rasmi permua tersebut.

Sohor Kini