Skip to main content

Devolver Digital kali ini kembali dengan acara persidangan mereka tersendiri yang mana tampaknya meneruskan ‘penceritaan’ di sebalik persidangan tersebut dengan pelbagai plot naratif yang pasti akan membuat anda ketawa.

Bagi anda yang ingin menonton keseluruhan ‘persidangan’ tersebut, anda boleh melihatnya di atas. Bagi anda yang ingin mengetahui pengumuman yang diumumkan, anda boleh terus membaca di bawah.

Dengan bentuk seakan Nintendo Direct, ‘Devolver Direct’ kali ini berkongsi pelbagai permainan baharu, kemaskini DLC baharu dan juga beberapa pengumuman menarik seperti permainan arked. Berikut adalah pengumuman-pengumuan ketika acara persidangan Devolver Digital.

Fall Guys: Ultimate Knockout

Permainan pertama yang diumumkan adalah Fall Guys: Ultimate Knockout di mana ianya dijadualkan bakal tiba awal 2020 ini di konsol Playstation 4 dan PC.

Menurut Devolver Digital, permainan Fall Guys: Ultimate Knockout memfokuskan bentuk atas-talian di mana pemain akan berlumba untuk mendapatkan mahkota di dalam penghujung pentas permainan tersebut.

Terdapat pelbagai halangan yang pemain perlu tempuhi disamping bertempur dengan 99 pemain lain untuk merebut juara.

https://www.youtube.com/watch?v=2OAVHWmeV0c

Devolver Bootleg

Permainan seterusnya pula adalah permainan Devolver Bootleg di mana ianya adalah satu koleksi permainan yang menyertakan 8 permainan mini berdasarkan permainan-permainan lain keluaran Devolver Digital. Menariknya, ianya telah pun dilancarkan di Steam hari ini dengan harga hanya RM12.50.

Antara permainan yang disertakan adalah Enter The Gun Dungeon, Hotline Milwaukee, Ape Out Jr., Shootyboots, Super Absolvermini: Turbo Fighting Championship, Catsylvania, PikuBiku Ball Stars dan Luftrousers

Carrion

Seterusnya adlaah permainan aksi platformer baharu, Carrion yang memfokuskan pemain untuk bermain watak raksasa dan membunuh manusia. Menurut Devolver, permainna ini bakal tiba pada 2020 ini di konsol dan juga PC.

Enter The Gungeon: House Of The Gundead

Delvover Digital juga mengumumkan permainan arked Enter The Gungeon: House Of The Gundead khas yang mana ianya bakal tiba secara eksklusif sebagai mesin arked.

Menurut Devolver, ianya bakal tiba pada tahun 2020 ini dan pra-tempahan sudah boleh dibuat melalui laman rasmi permainan tersebut dengan harga $4,999(~RM21,000).

The Messenger Picnic Panic

Bagi anda yang bermain permainan aksi ninja The Messenger, Delvover Digital juga berkongsi tarikh pelancaran DLC seterusnya permainan tersebut iaitu Picnic Panic bakal tiba 11 Julai 2019 ini.

The Messenger sebelum ini telah pun dilancarkan di Playstation 4, Switch dna juga PC dan melalui DLC ini, ianya akan menyertakan pelbagai peringkat permainan baharu disamping muzik audio tambahan secara percuma.

Untuk pelbagai lagi pengumuman E3 2019, anda boleh membaca keseluruhan liputan kami di sini.

Leave a Reply