Walaupun Fallout 76 menerima pelbagai kritikan ketika ianya dilancarkan tahun lepas, Bethesda Softworks tampaknya tidak mengaku kalah dan terus membaiki permainan tersebut dengan pelbagai kemaskini sepanjang tahun ini.
Terkini, ketika persidangan Bethesda, mereka mengumumkan kemaskini baharu bakal tiba buat permainan tersebut iaitu Wasterlanders di mana ianya akan menyertakan pelbagai kandungan baharu.
Menurut Bethesda Softworks, kemaskini ini akan tiba secara percuma buat pemain di mana ianya menyertakan pelbagai kandungan seperti penceritaan baharu, kelengkapan baharu dan paling penting sekali adalah watak-watak NPC juga bakal tiba melalui dunia Fallout 76.
Semestinya ini adalah satu kemaskini terbesar buat permainan tersebut di mana antara kritikan yang diberi buat permainan ini adalah dunianya yang kosong dan tidak mempunyai sebarang watak-watak lain selain pemain.
Melalui kemaskini ini juga, pemain juga akan diberi bentuk penceritaan baharu bersama pelbagai misi-misi yang bakal pemain boleh lakukan.
Selain itu, juga ketika pengumuman yang sama Bethesda memperlihatkan mod baharu yang bakal tiba buat permainan Fallout 76 iaitu Nuclear Winter. Mod tersebut merupakan mod pertempuran royale yang memfokuskan 52 pemain untuk bermain dan bertempur sesama pemain untuk menjadi permainan terakhir yang hidup.
Menurut Bethesda, mod tersebut boleh dicuba bersama-sama dengan sesi percubaan Fallout 76 yang bakal berlangsung bermula lewat hari ini sehingga 17 Jun ini.
Fallout 76 telah pun dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan juga PC.


