Informasi Permainan Video Terkini
Commander Keen Versi Permua Akan Hadir Ke iOS Dan Android Tidak Lama Lagi
Artikel Berkaitan

Commander Keen Versi Permua Akan Hadir Ke iOS Dan Android Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada June 10, 2019 oleh .

id Software adalah pembangun permainan video yang terkenal dengan permainan seperti Doom, Quake dan juga Rage . Tetapi pada zaman dahulu, mereka turut terkenal satu permainan PC MS-DOS berjudul Commander Keen. Permainan ini adalah sejenis permainan platformer dan sudah berpuluh tahun tiada sambungan atau olahan semula. Kali terakhir ia muncul adalah pada tahun 2001 untuk Gameboy Colour.

Terkini, pada acara E3 – Bethesda telah mengumumkan olahan semula Commander Keen. Cuma kali ini ia akan hadir dalam bentuk permua untuk iOS dan Android. Permua ini bukan dibangunkan oleh id Software, tetapi pasukan Bethesda sepenuhnya. Commander Keen versi permua ini akan mengekalkan jalan cerita klasik bersama-sama dengan jalan cerita baharu. Cara permainan ini dimainkan adalah dengan tap ke atas untuk mengawal watak dan menumpaskan musuh.

Pada permua ini, turut terdapat menu pilihan di bahagian bawah yang menawarkan pemain kuasa-kuasa menarik yang boleh digunakan dalam masa terhad. Menurut Bethesda, permua ini adalah percuma untuk dimainkan. Cuma masih tidak pasti jika permua ini akan mempunyai belian dalam aplikasi ataupun tidak. Permua ini akan hadir pada musim panas ini dan mereka yang berminat boleh mendaftar di laman web rasmi mereka di pautan di bawah ini.

Daftar Minat Untuk Permua Commander Keen


TIPS & ULASAN