Bagi anda yang berminat untuk bermain permainan The Elder Scrolls: Blades di konsol Switch, anda bakal berupaya untuk berbuat demikian di mana ketika acara persidangan Bethesda, mereka mengumumkan permainan tersebut akan tiba di Switch pada suku ketiga tahun ini.

The Elder Scrolls: Blades asalnya merupakan permainan mudah-alih di peranti telefon pintar dan melalui versi Switch, ianya juga bakal tiba secara percuma di mana Bethesda juga menjanjikan kemajuan-kemajuan pemain dari versi permua boleh dipindahkan ke versi Switch.

Melalui versi Switch ini juga, Bethesda Softworks menjanjikan bentuk kawalan secara pergerakkan dengan menggunakan JoyCon, sekaligus membuka lebih banyak bentk permainan bagi permainan tersebut.

Bersempena dengan pengumuman ini, Bethesda juga menjanjikan pelbagai lagi kandungan baharu bakal tiba buat permainan tersebut termasuklah misi baharu yang memfokuskan raksasa naga.

Sememangnya ini adalah satu pengumuman yang sangat menarik, terutamanya buat mereka yang bermain permainan tersebut di peranti telefon pintar anda. Sama-sama kita nantikan pelancaran permainan tersebut menjelang tahun ini.

Sohor Kini