Informasi Permainan Video Terkini
Doom Eternal Bakal Tiba November Ini – Edisi Terhad Menyertakan Helmet Doom Slayer

Doom Eternal Bakal Tiba November Ini – Edisi Terhad Menyertakan Helmet Doom Slayer

Diterbitkan pada June 10, 2019 oleh .

Bethesda Softworks hari ini akhirnya berkongsi tarikh pelancaran Doom Eternal ketika acara persidangan mereka yang berlangsung sebentar tadi.

Doom Eternal akan dilancarkan secara rasmi pada 22 November 2019 ini di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dna juga PC.

Bersempena dengan pengumuman ini, Bethesda Softworks juga memperlihatkan sebilangan video acah baharu yang memfokuskan penceritaan dan juga bentuk permainan yang bakal tiba buat permainan Doom Eternal ini.

Menariknya juga, mereka juga memperlihatkan bentuk multi-pemain ‘Battlemode’ yang mana ianya bakal tiba secara bersama di mana ianya memfokuskan bentuk 1 lawan 2 pemain.

Selain itu, bagi anda yang ingin mendapatkan koleksi terhad, Bethesda Softworks juga mengumumkan edisi terhad khas buat permainna Doom Eternal akan dilancarkan November ini di mana ianya akan menyertakan helmet Doom Slayer berskala nyata.

Nantikan permainan Doom Eternal menjelang November ini.


TIPS & ULASAN