Skip to main content

Dengan pelancaran Borderlands 3 yang tidak lama lagi menjelang September ini, hari ini Gearbox Software mengumumkan bahawa mereka akan membawa satu DLC khas buat permainan Borderlands 2 di mana ianya adalah kisah penceritaan sebelum Borderlands 3.

Dengan nama DLC Commander Lilith & the Fight for Sanctuary, DLC tersebut akan memfokuskan penceirtaan Lilith dan pada masa yang sama ianya membenarkan pemain untuk bermain pelbagai kandungan tambahan lain seperti senjata, musuh dan sebagainya.

Untuk mendapatkan DLC tersebut, pemain hanya perlu memiliki permainan Borderlands 2 ataupun Borderlands: The Handsome Collection dan memuat-turun kemaskini terkini permainan. Selepas itu, pemain hanya perlu ke lokasi ‘Fight For Santuary’ untuk mengakses kandungan DLC tersebut.

Menariknya juga, bagi anda yang tidak ingin bermain keseluruhan permainan Borderlands 2, anda juga boleh mengakses DLC tersebut melalui fungsi yang disediakan ketika skrin awal permainan.

Selain itu, ketika acara yang sama, Gearbox Software juga memperlihatkan video acah bharu buat Borderlands 3 yang mana ianya memperlihatkan sebilangan watak-watak dan adegan permainan yang bakal tiba buat permainan tersebut.

Borderlands 3 akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC pada 13 September 2019 ini.

Leave a Reply