Bagi anda yang menanti permainan perlumbaan LEGO, anda mungkin berminat untuk mendapatkan Forza Horizon 4 di mana ketika acara persidangan Xbox yang berlangsung hari ini, Playground Games mengumumkan kandungan DLC baharu khas LEGO bakal tiba buat permainan tersebut.

Dengan nama LEGO Speed Champions, pemain berupaya untuk berlumba di dalam dunia Forza Horizon 4 dengan pelbagai bentuk litar LEGO dan juga kenderaan LEGO. Menariknya juga, pemain juga boleh melanggar dan menghancurkan set-set LEGO tersebut dengan kenderaan pemain, sekaligus membuka pelbagai lagi bentuk permainan yang menarik.

DLC tersebut akan tiba pada 13 Jun 2019 ini di Forza Horizon 4 di mana ianya boleh dibeli secara berasingan ataupun secara bersama melalui edisi dan pas permainan tersebut.

Forza Horizon 4 telah pun dilancarkan di Xbox One, PC dan ianya juga merupakan sebahagian permainan buat langganan Xbox Game Pass.

Sohor Kini