Ketika persidangan Xbox yang berlangsung hari ini, SEGA juga tidak melepaskan peluang mereka untuk berkongsi yang mana permainan MMORPG, Phantasy Star Online 2 akan dilancarkan secara global di Xbox One dan PC bermula 2020 ini.

Phantasy Star Online 2 merupakan permainan MMORPG percuma yang mana ianya memfokuskan bentuk aksi dengan pelbagai misi tanpa had. Ianya juga memfokuskan pemain untuk menghasilkan watak pemain sendiri dan bermain secara atas-talian.

Permainan tersebut sebelum ini telah pun dilancarkan di pasaran Jepun di konsol Playstation 4, Vita, Switch dan juga PC. Namun buat masa ini versi konsol lain buat pasaran global masih belum diumumkan.

Kami pasti akan mengemaskini jika terdapat sebarang informasi lanjut.

Sohor Kini