Permainan terakhir untuk Microsoft Flight Simulator iaitu Microsoft Flight Simulator X dikeluarkan pada tahun 2006 dan versi Steam untuknya dikeluarkan pada tahun 2014.

Microsoft di persidangan E3 mereka mengumumkan permainan baharu buat siri ini dan ia akan dikeluarkan pada tahun 2020 untuk PC terlebih dahulu sebelum turut tiba untuk Xbox One di tarikh yang lain.

Seperti biasa, permainan ini akan memfokuskan untuk memberi pemain perasaan seperti membawa kapal terbang yang betul, ia juga akan menyertakan kualiti grafik termasuk juga persekitaran yang baik.

Sohor Kini