Informasi Permainan Video Terkini
Minecraft Dungeons Diumumkan – Permainan Koperasi 4 Pemain Seakan Diablo

Minecraft Dungeons Diumumkan – Permainan Koperasi 4 Pemain Seakan Diablo

Diterbitkan pada June 10, 2019 oleh .

Microsoft dan Mojang di persidangan E3 Microsoft/Xbox mengumumkan permainan baharu berdasarkan Minecraft iaitu Minecraft Dungeons. Ia sebelum ini diumumkan pada tahun lepas untuk PC.

Namun, hari ini mereka mengumumkan permainan koperasi 4 pemain secara setempat ataupun dalam talian tersebut akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Bagi Xbox One dan PC ia merupakan permainan yang disertakan di dalam Xbox Game Pass. Minecraft Dungeons akan dikeluarkan pada suku kedua 2020.


TIPS & ULASAN