Ori and the Will of the Wisps Akan Dikeluarkan Pada 11 Februari 2020

Microsoft dan Moon Studios di acara persidangan E3 Microsoft/Xbox memperlihatkan video acah baharu buat permainan Ori and the Will of the Wisps. Selain itu, mereka juga mengumumkan yang permainan tersebut akan dikeluarkan pada 11 Februari 2020.

Tarikh tersebut adalah lebih lambat berbanding pengumuman semasa E3 tahun lepas, di mana ia diumumkan untuk tahun ini. Permainan baharu Ori ini merupakan sekuel kepada Ori and the Blind Forest yang dikeluarkan pada tahun 2015.

Ori and the Will of the Wisps akan dikeluarkan untuk Xbox One dan PC melalui Microsoft Store dan juga Steam. Ia juga sebahagian daripada permainan Xbox Games Pass untuk PC dan Xbox.

Sohor Kini