Skip to main content

Ninja Theory yang merupakan sebahagian daripada Xbox Games Studio mengumumkan permainan baharu iaitu Bleeding Edge di acara persidangan E3 Microsoft/Xbox.

Bleeding Edge merupakan permainan aksi pertempuran kompetitif yang memperlihatkan 4 lawan 4. Ia mempunyai pertempuran yang pantas, dan setiap watak boleh mempunyai pelbagai penambahan yang memberikan pelbagai kebolehan.

Permain berpeluang untuk mencuba permainan ini sebelum ia dikeluarkan pada 27 Jun ini. Buat masa ini tiada tarikh pengeluaran yang dikongsikan tetapi ia akan dikeluarkan untuk Xbox One dan PC sebagai permainan Xbox Play Anywhere. Ia juga akan disertakan sebagai permainan Xbox Game Pass.

Leave a Reply