Persidangan E3 Microsoft/Xbox menjadi riuh apabila John Wick sendiri berada di atas pentas untuk mengumumkan tarikh pengeluaran bagi Cyberpunk 2077 iaitu pada 16 April 2020.
Selain itu, video acah baharu juga dipertontonkan yang memperlihatkan watak pemain baru selesai melakukan misi dan rakan beliau terbunuh. Menjadikan ia lebih teruk, pemberi misi juga cuba membunuh beliau tetapi berjaya menyelamatkan diri.
Video acah tersebut mempunyai satu kejutan apabila memperlihatkan watak yang akan dilakonkan oleh Keanu Reeves. Cyberpunk 2077 akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.