Skip to main content

Di persidangan E3 Microsoft/Xbox, video acah baharu untuk permainan RPG Obsidian Entertainment iaitu The Outer Worlds dipertontonkan. Selain itu mereka juga mengumumkan yang ia akan tiba pada 25 Oktober 2019.

Menariknya, di dalam video tersebut ia memperlihatkan bagaimana pemain boleh memilih untuk menjadikan watak sebagai seoarang yang baik, jahat ataupun psychopath.

Sebagai permainan parti pertama, permainan ini akan disertakan bersama di dalam Xbox Game Pass. The Outer Worlds akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC (melalui Microsoft Store dan Epic Games Store.

Leave a Reply