Skip to main content

Filem Wonder Woman 84 akan menjadi kesinambungan kepada Wonder Woman yang ditayangkan tiga tahun yang lalu. Seperti kebiasaan, kostum adiwirawati akan berubah dalam filem baharu. Misteri mengenai kostum yang akan dipakai oleh Gal Gadot dalam filem kedua ini terjawab selepas poster Wonder Woman 84 dimuat naik oleh pengarah Petty Jenkin.

Wonder Woman dilihat memakai baju zirah berwarna emas. Keseluruhan tubuh beliau dilitupi perisai dan bukan lagi kombinasi skirt dan bengkung tarung sebelum ini. Perisai, tali lasso dan pedang Athena tidak pula dipaparkan dalam poster ini. Wonder Woman 84 akan ke layar perak pada 5 Jun 2020.

Leave a Reply