Gal Gadot melalui kuciran di akaun Twitter beliau mengumumkan yang Wonder Woman 1984 iaitu filem kedua untuk siri filem tersebut akan dikeluarkan pada 5 Jun 2020.
Super excited to announce that, thanks to the changing landscape, we are able to put Wonder Woman back to its rightful home. June 5, 2020. Be there or be square!!!
✨🙅♀️✨ pic.twitter.com/Wj8ORUQLdg
— Gal Gadot (@GalGadot) October 22, 2018
Filem tersebut sebelum ini diumumkan akan tiba pada November 2019, dan seperti yang diperkatakan oleh Gal Gadot, filem itu kembali ke tarikh seperti filem yang pertama iaitu bulan Jun.
Kemungkinan keputusan tersebut di buat kerana produksi untuk filem The Flash ditunda dan menyebabkan ia tidak dapat dikeluarkan pada tahun 2020. Selepas pengumuman ini, bagi tahun 2019 hanya ada satu filem DCEU yang akan dikeluarkan iaitu Shazam. Manakala Joker adalah satu filem yang tidak di dalam satu dunia penceritaan yang sama.