Informasi Permainan Video Terkini
Apple TV dan Peranti iOS Bakal Menyokong Alat Kawalan Xbox Dan PS4

Apple TV dan Peranti iOS Bakal Menyokong Alat Kawalan Xbox Dan PS4

Diterbitkan pada June 4, 2019 oleh .

Bagi pemain yang menjadikan peranti pintar sebagai platform utama permainan video, Apple melalui acara WWDC mereka mengumumkan satu berita baik iaitu Apple TV dan juga peranti iOS bakal menyokong alat kawalan Xbox One dan juga DualShock 4 (PS4).

Sokongan ini akan tiba apabila Apple TV dan juga iOS menerima kemaskini baharu kelak. Peranti Apple sebelum ini sekadar menyokong alat kawalan yang menggunakan MFi Bluetooth sahaja.

Penambahan oleh Apple ini sudah semestinya untuk bersedia bagi pelancaran Apple Arcade yang dijangkakan pada akhir tahun ini.


TIPS & ULASAN