Saya berhenti bermain permainan video secara atas talian sekitar 15 tahun yang lalu. Ini adalah kerana masalah gagal mengawal emosi apabila kalah teruk di tangan lawan. Akibatnya saya telahpun memusnahkan lima alat kawalan permainan kerana di lontar ke dinding ketika geram. Bagi mereka yang mempunyai masalah seperti saya, Paladone menghasilkan sebuah PlayStation Stress Controller yang diperbuat daripada busa.

Ia kelihatan sama seperti DualShock 4 sebenar cuma ianya lebih ringan, tidak akan menyebabkan kerosakan jika di lontar dan sebenarnya tidak berfungsi. Dengan ini perasaan marah yang terpendam dapat dilepaskan dengan selamat tanpa menyebabkan wang melayang dari dompet bagi menggantikan peralatan yang dirosakkan. Bagi yang berminat, PlayStation Stress Controller versi busa ini dijual pada harga hanya £5.99 (~RM 32) sebuah.

Sohor Kini