Skip to main content

Filem Avengers: Endgame bakal hadir di pawagam wayang dalam masa beberapa hari sahaja lagi dan baru-baru ini, terdapat video-video pendek dimana adegan-adegan filem tersebut diperlihatkan, malah adik-beradik Russo telah meminta orang ramai untuk tidak mengongsi video-video tersebut.

Jika anda sering menggunakan Facebook untuk tujuan riadah ataupun kerja, kebarangkalian anda untuk terjumpa beberan filem Avengers: Endgame agak tinggi.

Seorang rakyat Malaysia bernama Ng Khai Yong telah mencipta pemalam Google Chrome untuk menghalang pembeberan filem tersebut di laman sosial media Facebook.

Melalui pemalam tersebut, semua pos-pos Facebook yang bercakap mengenai filem Avengers: Endgame akan dikaburkan secara keseluruhannya, termasuklah video, gambar ataupun teks.

Jika anda seperti saya, dan ingin cuba mengelak semua perbualan mengenai Avengers: Endgame sebelum menontonnya di pawagam, pemalam ini adalah untuk anda.

[info]Muat turun pemalam No Spoilers untuk Google Chrome[/info]

Leave a Reply