Beberan atau spoiler adalah sesuatu perkara yang serius. Pendapat saya, mereka yang membeberkan sesuatu adalah satu tindakan yang tidak baik dan tidak boleh dimaafkan. Berilah peluang untuk seseorang menikmati sesuatu, sebelum anda kongsi kepada orang lain.

Baru-baru ini, terdapat klip dari 4 minit hingga 7 minit yang dikatakan adalah daripada filem penuh Avengers: Endgame telah tertiris di arena web. Ada juga yang memberitahu yang klip ini hanya daripada 30 minit pertama filem Endgame. Tidak pasti bagaimana ia boleh tertiris, tetapi beberan adalah seperti cetak rompak – ia sukar untuk dihentikan.

Oleh yang demikian, pengarah filem Avengers: Endgame Russo Brothers telah mengeluarkan kenyataan mengenai beberan. Kenyataan ini tidak menyebut langsung mengenai klip yang tertiris, namun Russo Brothers memberi peringatan kepada sesiapa yang sudah menonton filem Endgame kelak – jangan beberkan filem ini kepada orang lain. Beri peluang untuk orang ramai nikmati penantian filem akhir, selepas 21 filem ditayangkan.

#Don’tSpoilTheEndGame

Sohor Kini