Sejak tahun lepas sehinggalah tahun ini, banyak siri Netflix X Marvel telah dibatalkan. Antara sebab yang dikatakan siri ini dibatalkan adalah, Disney bakal hadir dengan platform penstriman mereka tersendiri – Disney+. Baru-baru ini, Disney telah mengumumkan tarikh rasmi pelancaran Disney+.
Disney+ akan hadir bermula 12 November ini. Tetapi iaterhad kepada beberapa negara terpilih sahaja. Namun, mereka turut mengatakan ia akan dilancarkan di Asia seawal tahun 2020. Sayang sekali, tiada berita jika pengguna di Malaysia kelak boleh melanggan perkhidmatan penstriman ini. Bersama-sama dengan pengumuman ini, Disney turut telah memperlihatkan rekaan antaramuka Disney+.

Apa yang menarik dengan Disney+ ini adalah, harga langganannya boleh dikatakan sangat mampu milik dan juga berbaloi jika dilanggan. Harga langganan adalah bermula dari $6.99 sebulan (~RM29) sehingga $69.99 setahun (~RM289). Sebanyak 500+ filem, 7500+ episod pelbagai siri TV, 25+ siri TV baharu terbitan sendiri dan 10+ filem baharu. Kepada peminat The Simpsons, kesemua 30 musim siri animasi popular ini akan dapat distrim pada hari pertama.
Antara filem eksklusif yang telah disahkan adalah Captain Marvel dan kelak adalah Avengers: End Game. Untuk resolusi pula, platform ini menawarkan penstriman sehingga tahap 4K UHD.