Skip to main content

Permainan video Shenmue 3 boleh dikatakan diantara permainan yang cukup ditunggu-tunggu oleh orang ramai. Apabila ia mula diperkenalkan di acara E3 2015, ia hadir untuk dibiaya-sama (crowdfunded) di laman Kickstarter, dan menerima biayaan sebanyak $6.3 juta (~RM24 juta) selepas sebulan.

Semenjak itu, Ys Net, pembangun permainan tersebut telah mengubah tarikh pelancaran beberapa kali, dengan tarikh pelancaran terakhir nampaknya sudah ditetapkan pada sekitar bulan Ogos 27 tahun ini.

Terkini, di acara MAGIC 2019, Ys Net memperlihatkan video acah terbaru yang diberikan tajuk “Ryo & The Master” dimana Ryo Hazuki, watak utama Shenmue 3 berjumpa dengan watak tok guru dimana beliau ingin mempelajari jurus kung fu daripadanya.

Secara jujurnya, apabila melihat video acah ini, grafik permainan ini kelihatan seperti ia sepatutnya dilancarkan pada platform Sony PlayStation 3 pada 5-6 tahun yang lalu.

Shenmue 3 akan hadir di platform konsol Sony PlayStation 4 dan juga PC.

Leave a Reply