Informasi Permainan Video Terkini
Netflix Mempertontonkan Video Acah Animasi Ultraman – Bakal Hadir Dalam Siri Netlfix Originals

Netflix Mempertontonkan Video Acah Animasi Ultraman – Bakal Hadir Dalam Siri Netlfix Originals

Diterbitkan pada November 27, 2018 oleh .

Ultraman, adalah satu adiwira yang kita kenali sejak kita kecil. Ramai mula kenal Ultraman melalui siri TV yang ditayangkan pada suatu ketika dahulu. Populariti Ultraman ini sangat hebat sehingga Les Copaque menjadikan Ultraman sebagai watak khas dalam satu siri Upin-Ipin.

Terkini, dalam tahun yang sudah ramai mula bergerak ke arah kandungan asli seperti menonton melalui Netflix. Netflix mempertontonkan video acah buat siri animasi Ultraman baharu.

Melalui video acah ini, ia kelihatan sedikit pelik. Kerana, kuasa Ultraman dilihat diwarisi daripada ayah watak utama. Kemudian, terdapat musuh baru yang dilihat adalah makhluk asing yang menentang akan kewujudan kuasa Ultraman ini berada di bumi. Mengejutkan, Ultraman dalam siri ini bukan Ultraman seperti biasa yang bersaiz gergasi tetapi ia adalah satu sut metalik ultra yang dicipta khas untuk menentang makhluk asing baru. Bagaimana sut ini berfungsi dan benarkah hanya pewaris kuasa Ultraman sahaja yang mampu menggunakannya?

Untuk ketahui kisah Ultraman ini, sama-sama kita nantikan kemunculannya di Netflix pada April 2019 kelak.


TIPS & ULASAN