Skip to main content

Kita sudah tahu yang mana siri TV Gotham adalah kisah asal-usul Batman, perkembangan hidup James Gordon dan juga asal-usul penjahat-penjahat Gotham. Salah seorang yang paling menarik perhatian adalah Jeremiah Valeska, atau juga ‘Joker’.

Dalam video acah terkini Gotham, ia memperlihatkan Bruce Wayne memegang prototaip topeng Batman. Kemudian, turut kelihatan Jeremiah menyeksa Bruce dengan membuat semula aksi ibu bapa Bruce mati. Tetapi paling menarik adalah, terdapat bangunan Ace Chemicals diperlihatkan.

Ace Chemicals sedia terkenal dengan tempat Batman bergaduh dengan Joker dan Joker terjatuh dalam tangki asid. Tangki asid inilah yang melahirkan Joker dengan muka parut serta senyuman lebar yang mengerikan. Episod Gotham yang berjudul ‘Ace Chemicals’ ini akan disiarkan bermula Khamis ini.

Leave a Reply