Informasi Permainan Video Terkini
Avengers 4 : End Game Mungkin Filem MCU Paling Panjang Pernah Dihasilkan

Avengers 4 : End Game Mungkin Filem MCU Paling Panjang Pernah Dihasilkan

Diterbitkan pada Feb 6, 2019 oleh .

Trailer acah terkini Avengers 4 : End Game telah dipertontonkan ketika acara Superbowl awal isnin yang lalu. Walaupun pendek ia padat dengan pelbagai babak baru yang menujukan dunia pasca petikan jari Thanos. Kesedihan terus melanda bumi dan adiwira yang terselamat. Di dalam temuramah bersama Collider, Joe dan Anthony Russo mengatakan filem ini dalam proses disunting tetapi masih mempunyai panjang tayangan mencecah 3 jam.

Ini sekaligus menjadikannya filem MCU yang terpanjang pernah dihasilkan melangkaui 2 jam 40 minit yang dipegang oleh Avengers : Infinity War sebelum ini. Mereka menambah maklum balas dari penonton di dalam tayangan awal adalah amat positif. Pihak Marvel Studio juga berpuas hati dengan jalan cerita walaupun panjang. End Game akan menjadi penamat kepada fasa tiga MCU dan melengkapkan 22 filem yang telah dihasilkan semua ini. Jika masa tayangan kekal sekitar 3 jam, pastikan anda ke tandas terlebih dahulu kerana di Malaysia tidak ada sesi intermission seperti di wayang barat.


TIPS & ULASAN