Informasi Permainan Video Terkini
Trailer Acah Avengers 4 : End Game Sempena Superbowl Menunjukkan Dunia Pasca Petikan Jari Thanos

Trailer Acah Avengers 4 : End Game Sempena Superbowl Menunjukkan Dunia Pasca Petikan Jari Thanos

Diterbitkan pada Feb 4, 2019 oleh .

Selamat menyambut hari bola bujur Amerika iaiatu Superbowl. Selain menonton lelaki sasa berkejaran mengejar bola bujur, Superbowl juga menjadi medan terbaik untuk memaparkan iklan serta trailer terkini filem. Seperti dijangka, trailer acah Avengers 4 : End Game telah dipertontonkan dan memberikan gambaran dunia pasca petikan jari Thanos.

Trailer acah sepanjang 31 saat ini menujukan dunia yang serba kegelapan selepas 50% insan hilang menjadi serbuk seperti komik Wira Tunggal. Kita dapat melihat bagaimana setiap adiwira cuba membina semula hidup selepas kehilangan teman serta keluarga tersayang. Dapat dilihat tona filem ini yang agak gelap sesuai dengan dunia yang kalah kepada Thanos. Avengers 4 : End Game akan ke layar perak pada 26 April hadapan.


TIPS & ULASAN