Skip to main content

Selepas trailer acah untuk Avengers 4 : End Game, trailer acah untuk Captain Marvel juga dipertontonkan di Superbowl. Tidak banyak babak baharu diperlihatkan tetapi memperkukuhkan watak Captain Marvel yang mampu pergi lebih tinggi, lebih jauh dan lebih pantas berbanding adiwira Marvel sebelum ini.

Ramai merasakan Captain Marvel ialah harapan terakhir manusia untuk mengalahkan adibajingan angkasa Thanos yang dengan satu petikan jari menghapuskan separuh insan di seluruh cakerawala. Hidup Carol Danvers sebelum dan selepas menjadi adiwirawati sekali lagi dipaparkan dalam babak-babak ringkas. Semalam juga sebuah klip aksi pendek turut dimuat naik oleh Marvel menujukan ketangkasan beliau menentang musuh. Captain Marvel akan menemui anda di panggung pada 8 Mac hadapan sebelum Avenger 4 : End Game.

Leave a Reply