Informasi Permainan Video Terkini
Resident Evil 2 Mencapai Jumlah Edaran Sebanyak 3 Juta Salinan Setakat Ini
PC

Resident Evil 2 Mencapai Jumlah Edaran Sebanyak 3 Juta Salinan Setakat Ini

Diterbitkan pada Jan 29, 2019 oleh .

Capcom hari ini mengumumkan bahawa mereka telah mengedarkan permainan Resident Evil 2 sebanyak 3 juta salinan. Ini merupakan hasil edaran untuk kesemua platform iaitu Playstation 4, Xbox One dan PC.

Ini sememangnya satu nilai yang sangat memberansangkan memandang permainan tersebut baru sahaja dilancarkan pada Jumaat lepas dan menurut Capcom, untuk dibandingkan dengan jualan asal permainan Resident Evil 2 pada tahun 1998 lepas, permainan tersebut mencapai jumlah jualan sepanjang hayat sebanyak 4.96 juta salinan.

Ini sekaligus menghampiri jumlah jualan permainan asal dan memandangkan jumlah ini hanyalah 5 hari selepas pelancarannya, kami percaya jualan permainan tersebut akan terus meningkat dan melepasi jumlah jualan permainan asal pada masa akan datang.

Resident Evil 2 telah dilancarkan pada 25 Januari 2019 lepas di Playstation 4, Xbox One dan PC. Kami di Aksiz masih lagi dalam proses untuk mengulasnya dan akan kami kemaskini setelah ianya diterbitkan kelak.


TIPS & ULASAN