The Dragon Prince merupakan siri Netflix yang dicipta oleh Aaron Ehasz yang merupakan penulis untuk siri animasi Avatar: The Last Airbender. Musim pertama dikeluarkan pada tahun lepas.
Hari ini, melalui kuciran di akaun Twitter rasmi siri tersebut, musim ke-2 akan dikeluarkan pada 15 Februari 2019. Bagi yang tidak pernah menonton siri ini, ia berlaku di sebuah negara fiksyen iaitu Xadia. Di dalam siri ini, kaum manusia sedang berperang dengan kaum bunian.
Kami sangat menyukai siri ini, selain mempunyai premis penceritaan yang menarik, ia juga disertakan dengan pelbagai watak yang unik. The Dragon Price merupakan sebahagian daripada Netflix Original