Informasi Permainan Video Terkini
Spider-Man: Into the Spider-Verse Memenangi Anugerah Filem Animasi Terbaik Golden Globe

Spider-Man: Into the Spider-Verse Memenangi Anugerah Filem Animasi Terbaik Golden Globe

Diterbitkan pada Jan 7, 2019 oleh .

Filem Marvel oleh Sony dari dulu lagi yang terkenal adalah Spider-Man. Dari zaman Spider-Man Sam Raimi, sehinggalah zaman The Amazing Spider-Man. Hanya baru-baru ini, disebabkan populariti dan keuntungan Disney Marvel untuk MCU – baru ada perjanjian yang membenarkan Disney menggunakan watak Spider-Man dalam filem-filem MCU.

Tetapi, ini tidak menghalang Sony untuk hasilkan filem Spider-Man mereka tersendiri. Filem terkini dari Sony adalah filem animasi Spider-Man: Into the Spider-Verse. Percaya atau tidak, filem ini adalah filem terbaik yang pernah saya tonton setakat ini. Sebabkan filem ini sangat hebat dan terbaik – Spider-Man: Into the Spider-Verse telah memenangi anugerah filem animasi terbaik di acara Golden Globe.

Calon lain buat anugerah yang sama adalah The Incredibles 2, Ralph Breaks The Internet: Wreck-it-Ralph 2, anime Mirai dan Isle of Dogs. Filem animasi Spider-Man ini adalah lain daripada yang lain. Ia bukan filem animasi 2D atau 3D, tetapi adalah gabungan kedua-dua dengan penambahan keunikan tersendiri. Sony sendiri sedar kehebatan filem mereka ini sehingga format animasi ini telah dipatenkan.


TIPS & ULASAN