Informasi Permainan Video Terkini
Pereka SimCity Dan The Sims Will Wright Mengumumkan Proxi – Permua Simulasi Binaan Baru

Pereka SimCity Dan The Sims Will Wright Mengumumkan Proxi – Permua Simulasi Binaan Baru

Diterbitkan pada Mac 20, 2018 oleh .

Will Wright merupakan pereka permainan yang bertanggungjawab untuk permainan seperti The Sims, SimCity dan Spore. Selepas meninggalkan Maxis dan EA pada 2009 beliau tidak lagi mengeluarkan permainan baru.

Hari ini melalui sesi Unity di Game Developer Conference, Will Wright bersama dengan pembangun Gallium Artists mengumumkan permua terbaru dari mereka iaitu Proxi.

Melalui Proxi pemain akan mereka dunia berdasarkan memori sendiri. Pemain kemudian boleh berinteraksi dengan dunia rekaan tersebut. Pembangunan permainan ini masih di peringkat awal.

Mereka juga mengumumkan pertandingan untuk mereka dunia tersendiri. 2 orang pemenang akan berpeluang untuk di temu-bual oleh Will Wright dan Gallium Artists dan salah seorang dari mereka akan di ambil untuk bekerja dalam pembangunan Proxi sebagai pereka 3D.