Informasi Permainan Video Terkini
Permua My Tamagotchi Forever Kini Boleh Dimuat Turun Pada Peranti Android Dan iOS

Permua My Tamagotchi Forever Kini Boleh Dimuat Turun Pada Peranti Android Dan iOS

Diterbitkan pada Mac 16, 2018 oleh .

Tamagotchi suatu ketika dahulu ialah permainan yang harus dimiliki. Pengguna boleh membela seekor haiwan maya di dalam sebuah peranti elektronik berbentuk telur. Bagi mereka yang merindui Tamagotchi, permua My Tamagotchi Forever kini boleh dimuat turun pada peranti Android dan iOS.

Permua yang dibangunkan oleh Bandai Namco ini membenarkan pemain bermain, memberi makan, memandikan dan juga membelikan aksesori kepada haiwan maya yang dibela. Kesemuanya di dalam dunia 3D Tamatown. Pelbagai jenis tamagotchi juga boleh dikumpul seperti Pokemon. Tidak seperti permainan asal, makanan serta aksesori memerlukan wang maya untuk dibeli.

Oleh itu tidak mengejutkan terdapat sistem transaksi-mikro terbina di dalam permua ini. Kos membeli bermula dari RM 8.99 untuk dua puluh biji permata. My Tamagotchi Forever boleh dimuat turun menerusi pautan di bawah.

Muat turun My Tamagotchi Forever dari Play Store

Muat turun My Tamagotchi Forever dari App Store