Informasi Permainan Video Terkini
PlayStation Plus Tidak Akan Menawarkan Permainan PS3 Dan Vita Percuma Bermula Mac 2019

PlayStation Plus Tidak Akan Menawarkan Permainan PS3 Dan Vita Percuma Bermula Mac 2019

Diterbitkan pada Mac 1, 2018 oleh .

PlayStation Plus ialah perkhidmatan yang pada hemat kami perlu dilanggan setiap peminat PlayStation. Melalui PS Plus, pelbagai permainan boleh dimiliki “percuma” dengan bayaran tahunan yang jauh lebih murah berbanding kebanyakan permainan PlayStation 4. Ia juga perlu bagi mereka yang ingin bermain secara atas talian.

PlayStation PlusSony pagi tadi mengumumkan perubahan besar pada penawaran permainan percuma mereka. Bermula 8 Mac 2019, tiada lagi permainan PlayStation 3 dan PlayStation Vita akan ditawarkan. Hanya dua  permainan percuma PlayStation 4 akan ditawarkan sebulan selepas tarikh tersebut.

Permainan PS3 dan Vita yang ditawarkan percuma sebelum ini masih lagi kekal dimiliki pengguna. Ia boleh dimuat turun tanpa masalah apabila diperlukan. Dengan tiada lagi penawaran permainan permainan dari dua platform ini, apakah permainan yang anda ingin diberikan percuma oleh PS Plus untuk PS4?


TIPS & ULASAN