Informasi Permainan Video Terkini
Windowframe – Permainan Tekaria Pengubahsuaian Saiz Tetingkap
PC

Windowframe – Permainan Tekaria Pengubahsuaian Saiz Tetingkap

Diterbitkan pada Feb 6, 2018 oleh .

Bagi peminat permainan berbentuk tekaria, anda mungkin berminat untuk mencuba permainan Windowframe, dimana pemain perlu mengubahsuai saiz tetingkap permainan tersebut untuk menyelesaikan teka-teki permainan.

Windowframe merupakan permainan yang dibangunkan oleh Daniel Linssen dimana anda boleh muat-turunnya secara percuma. Namun, anda juga diberi pilihan untuk membayarnya anda ingin menyumbang wang buat pembangun permainan tersebut.

Menariknya permainan ini menggunakan konsep yang sering kita lihat di dalam permainan 2D Platformer, namun ia ditambahkan dengan bentuk tekaria yang mana pemain berupaya untuk mengubahsuai saiz tetingkap permainan tersebut dan ia membuatnya lebih menarik. Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, anda boleh muat-turun permainan tersebut dibawah.

Muat-Turun: Windowframe