Informasi Permainan Video Terkini
Aplikasi Penanda Aras Final Fantasy XV Kini Boleh Dimuat-Turun Buat Pengguna PC
PC

Aplikasi Penanda Aras Final Fantasy XV Kini Boleh Dimuat-Turun Buat Pengguna PC

Diterbitkan pada Feb 2, 2018 oleh .

Beberapa minggu lepas, Square-Enix mengumumkan bahawa permainan Final Fantasy XV akan dilancarkan di PC pada 6 Mac bersama pengumuman Final Fantasy XV: Royal Edition.

Seperti yang dijanjikan oleh Square-Enix, mereka akhirnya melancarkan aplikasi penanda aras buat pengguna PC dimana pemain berupaya untuk mengenal pasti spesifikasi keperluan permainan tersebut dan mengetahui sama ada permainan tersebut menyokong PC pengguna.

Bagi anda yang ingin mengetahui sama ada PC anda menyokong permainan tersebut dan mengetahui markah penanda aras PC anda buat permainan tersebut, anda boleh melayari laman di bawah untuk memuat-turun aplikasi tersebut. Square-Enix juga menyertakan segala keterangan secara terperinci di laman rasmi tersebut termasuklah kedudukan bagi markah-markah penanda aras.

Muat-Turun : Aplikasi Penanda Aras Final Fantasy XV

Selain itu, Square-Enix juga hari ini membuka pra-tempahan bagi permainan Final Fantasy XV: Windows Edition di tiga kedai permainan atas-talian yang berlainan dimana setiap pra-tempahan akan menyertakan kandungan yang berbeza buat pemain.

Pra-tempah pertama yang pemain dapat lakukan buat versi PC permainan tersebut adalah di Steam dimana Square-Enix akan menyertakan sebilangan kostum t-shirt buat Noctis dan setiap kostum tersebut akan menyertakan penaikkan kuasa yang berbeza.

Manakala bagi pra-tempah di Origin, pemain akan mendapat sebilangan pelekat buat kenderaan kereta Regalia berdasarkan watak-watak yang terdapat di permainan tersebut.

Pra-tempahan di Microsoft Store pula akan menyertakan sebilangan senjata dan kelengkapan tambahan buat pemain dimana barangan tersebut akan membantu pemain mengembara di dunia Final Fantasy XV.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan tersebut, ia sudah boleh dipra-tempah di ketiga-tiga kedai permainan atas-talian tersebut bermula dengan harga RM219.

Final Fantasy XV: Windows Edition akan dilancarkan secara rasmi pada 6 Mac ini dengan sebilangan kandungan tambahan daripada kandungan Final Fantasy XV: Royal Edition. Untuk senarai penuh berkenaan kandungan tersebut, anda boleh membacanya di sini.

Pra-Tempah Steam : Final Fantasy XV: Windows Edition

Pra-Tempah Origin : Final Fantasy XV: Windows Edition

Pra-Tempah Microsoft Store : Final Fantasy XV: Windows Edition


TIPS & ULASAN