Setelah sekian lama peminat menanti tarikh pelancaran permainan simula koboi seterusnya oleh Rockstar, kini mereka akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran permainan Red Dead Redemption 2 secara rasmi iaitu pada 26 Oktober 2018 ini.

Asalnya permainan tersebut dirancang untuk dilancarkan pada 2017 dimana ia ditangguhkan oleh Rockstar tahun lepas. Namun, pihak Rockstar juga memohon maaf atas penangguhan tersebut yang mana mereka menyatakan mereka memerlukan masa untuk membaik pulih permainan tersebut sebelum ia dilancarkan. Pada masa yang sama, Rockstar juga berkongsi sebilangan paparan skrin permainan tersebut dimana anda boleh melihatnya dibawah.

Red Dead Redemption 2 tampaknya akan menyertakan sebilangan kawasan yang pelbagai dari kawasan pergunungan sehinggalah kawasan salji. Namun buat masa ini Rockstar masih belum berkongsi sebarang informasi lanjut berkenaan permainan tersebut. Tetapi, menurut mereka, informasi tambahan berkenaan permainan tersebut akan dikongsikan pada sepanjang minggu akan datang.

Red Dead Redemption 2 adalah permainan sekuel kepada Red Dead Redemption yang dilancarkan 2010 lepas di Playstation 3 dan Xbox 360. Kini permainan terbaru Red Dead Redemption 2 dijadualkan untuk dilancarkan pada 26 Oktober 2018 ini dan ia ditawarkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One.

Sohor Kini