Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Perlumbaan Onrush Oleh Codemasters Bakal Dilancarkan 5 Jun 2018

Permainan Perlumbaan Onrush Oleh Codemasters Bakal Dilancarkan 5 Jun 2018

Diterbitkan pada Jan 31, 2018 oleh .

November 2017 lepas, Codemasters mengumumkan permainan perlumbaan seterusnya oleh mereka iaitu Onrush, dimana ia merupakan permainan perlumbaan yang memfokuskan aksi dan bentuk permainan secara arked.

Menurut Codemasters, permainan tersebut kini boleh dipra-tempah di PSN Store dan bagi mereka yang membuat pra-tempah, pemain akan mendapatkan akses awal beta pada bulan Mei kelak.

Tambahan juga, Codemasters juga mengumumkan edisi Deluxe bagi permainan tersebut yang menyertakan sebilangan kandungan permainan. Antaranya adalah:

  • Permainan Onrush
  • Lapan kenderaan rekaan deluxe
  • Dua litar batu nisan
  • Deluxe Crashtag
  • Kenderaan Vortex buggy
  • Tambahan lapan rekaan kenderaan khas Playstation 4

Bagi versi Xbox One pula, Codemasters akan mengumumkannya kelak pada masa akan datang.

Selain daripada itu, Codemasters juga mengumumkan bahawa permainan perlumbaan tersebut akan menyertakan mod foto dimana pemain berupaya untuk menangkap sebilangan foto yang menarik di dalam permainan tersebut. Mereka juga menyatakan mod foto tersebut akan menyertakan pelbagai pengubah-suaian dari segi kedudukan kamera, fungsi zoom, focus dan juga pelbagai penuras yang disertakan bersama.

Onrush adalah permainan perlumbaan seterusnya oleh Codemasters dimana mereka terkenal dengan pembangunan permainan seperti Dirt dan Grid. Di dalam Onrush, pemain berpeluang untuk menggunakan kenderaan kereta dan motosikal dan berlumba disamping bertempur dengan menjatuhkan pemain lain, membuat pelbagai lagak aksi untuk markah dan bergerak secara kumpulan untuk memperoleh markah bagi mendominasikan permainan tersebut.

Bagi anda yang tidak sabar untuk bermain permainan Onrush ini, ia akan dilancarkan di Playstation 4 dan Xbox One pada 5 Jun 2018 ini. Manakala versi PC akan diumumkan kelak oleh Codemasters.