Codemasters terkenal dengan permainan-permainan perlumbaan yang dibangunkan oleh mereka seperti siri permainan Grid dan Dirt kini bakal kembali dengan permainan perlumbaan yang baru iaitu Onrush.

Onrush adalah permainan perlumbaan yang memfokuskan aksi dan bentuk permainan secara arked dimana pemain berpeluang untuk menjatuhkan pemain lain dengan pelanggaran dan sebagainya.

Pemain berpeluang untuk menggunakan kenderaan kereta dan motosikal dan berlumba disamping bertempur dengna menjatuhkan pemain lain, membuat pelbagai lagak aksi untuk markah dan bergerak secara kumpulan untuk memperoleh markah bagi mendominasikan permainan tersebut.

Buat masa ini, Codemasters dan Deep Silver menjadualkan permainan ini untuk dilancarkan pada 2018 kelak di Playstation 4 dan Xbox One. Namun, mereka juga menyatakan ia bakal tiba di PC selepas pelancaran permainan tersebut di konsol.

Sohor Kini