Pada Disember lepas, Nintendo dan Platinum Games mengumumkan permainan Bayonetta 1 dan 2 akan dipernambah-baikkan dan dilancarkan di konsol hibrid Nintendo Switch. Kini, Nintendo mempertontonkan trailer terbaru bagi permainan tersebut sempena pelancarannya yang bakal tiba Februari ini.

Di dalam video trailer tersebut, Nintendo mempamerkan sebilangan bentuk permainan dan kawalan permainan yang baru buat permainan tersebut. Antaranya adalah keupayaan untuk mengawal kamera dengan menggunakan skrin sesentuh.

Menariknya juga, bagi permainan Bayonetta 2, permainan tersebut akan menyertakan sebilangan sokongan Amiibo dimana pemain berpeluang untuk mendapat kostum-kostum watak daripada Nintendo buat Bayonetta seperti kostum Samus dari Metroid, kostum Fox McCloud daripada Starfox dan sebagainya.

Tambahan juga, bagi permainan Bayonetta 2, pemain berpeluang untuk bermain secara multi-pemain koperasi dimana pemain berpeluang untuk menggunakan Bayonetta dan Jeanne. Dimana sebelum ini di Wii U pemain hanyalah boleh bermain secara atas-talian, namun kini pemain boleh bermain mod multi-pemain secara luar-talian tanpa wayar.

Bayonetta 1 dan 2 akan dilancarkan serentak pada 16 Februari ini khas buat konsol Nintendo Switch dimana Bayonetta 2 akan dilancarkan secara fizikal bersama kod untuk muat-turun versi digital Bayonetta 1 akan disertakan bersama.

Sohor Kini