Bagi peminat siri permainan Metal Max, permainan pengembaraan RPG memfokuskan kenderaan kereta kebal, anda mungkin berminat dengan pengumuman terbaru oleh Kadokawa Games. Bersempena dengan ulang tahun ke-25, Kadokawa Games mengumumkan permainan Metal Max Xeno bakal tiba di Playstation 4 dan Playstation Vita pada tahun 2018 ini.
Permainan ini bakal menempatkan pemain di kawasan Nippon pada tahun 209X, dimana bumi telah masuk ke pasca-apokaliptik. Dengan mengawal watak utama bernama Thalys, seorang separuh mesin separuh manusia, pemain akan berpeluang untuk menggunakan kereta kebal dan pelbagai lagi bentuk pertempuran yang pemain bakal temui ketika bermain permainan ini.
Buat masa sekarang, permainan Metal Max Xeno dijadualkan untuk dilancarkan di Playstation 4 dan Playstation Vita pada 2018 ini buat pasaran Jepun.