Informasi Permainan Video Terkini
Final Fantasy XV: Pocket Edition Akan Dilancarkan Pada 9 Februari Ini

Final Fantasy XV: Pocket Edition Akan Dilancarkan Pada 9 Februari Ini

Diterbitkan pada Jan 29, 2018 oleh .

Tahun lepas, Square-Enix mengumumkan permua (Permainan Mudah-Alih) Final Fantasy XV: Pocket Edition bakal tiba di iOS dan Android. Kini, akhirnya Square-Enix berkongsi tarikh pelancaran bagi permua tersebut yang mana ia bakal tiba pada 9 Februari ini.

Final Fantasy XV: Pocket Edition bakal mengandungi segala watak dan cerita asal dari permainan asalnya di konsol tetapi dengan kebebasan untuk bermain permainan tersebut di peranti mudah-alih anda pada bila-bila masa dan dimana jua. Dengan menggunakan seni dan rekaan yang lebih comel, Square-Enix berharap ia dapat menarik minat pemain kasual bersama pemain sedia ada untuk bermain dalam bentuk kawalan skrin sentuh. Permua ini bakal mengandungi 10 episod dimana episod pertama dan kedua permua ini akan boleh dimuat-turun secara percuma apabila ia dilancarkan kelak.

Tambahan juga, Square-Enix juga menyertakan senjata khas untuk permua Final Fantasy XV: Pocket Edition yang berdasarkan raksasa Cactuar.

Bagi anda yang berminat untuk membuat pra-tempahan, anda boleh melayari laman App Store dan Play Store dibawah untuk membuat pra-tempahan dan menerima notifikasi dari Square-Enix apabila ia sedia untuk dimuat-turun.

App Store Pra-Tempah: Final Fantasy XV: Pocket Edition iOS

Play Store Pra-Tempah: Final Fantasy XV: Pocket Edition Android