Skip to main content

Shadow Of The Colossus, iaitu salah satu permainan terbaik buat konsol Playstation 2 pada 2005 lepas, kini ia bakal kembali pada 6 Februari ini buat konsol Playstation 4 dalam bentuk pernambah-baikkan dengan pelbagai pernaik-tarafan.

Namun, bagi anda yang berminat untuk mendapatkan edisi terhad, Game.co.uk baru sahaja mengumumkan bahawa edisi terhad permainan tersebut akan dilancarkan.

Menurut Tweet tersebut, edisi terhad tersebut akan berharga £47.99(~RM264) dan ia akan dilancarkan pada tarikh yang sama. Edisi terhad tersebut akan menyertakan figura Valus, iaitu Colossus pertama yang pemain akan bertempur ketika permulaan permainan ini.

Namun buat masa ini, edisi terhad ini hanyalah akan berada di pasaran Eropah sahaja. Mungkin juga, pada masa akan datang, Sony Interactive Entertainment akan mengumumkan edisi terhad buat pasaran Malaysia.

Tetapi bagi anda yang tidak sabar untuk membuat pra-tempahan permainan ini, Sony Interactive Entertainment juga mengumumkan permainan Shadow Of The Colossus edisi deluxe akan dilancarkan di pasaran Malaysia dengan harga RM170. Pra-tempahan sudah boleh mula dibuat dimana-mana pengedar rasmi Playstation ataupun secara atas-talian melalui PSN Store.

Leave a Reply