Informasi Permainan Video Terkini
Nike PG-2 Playstation Colorway – Kasut Rekaan Khas Kerjasama Antara Playstation Dan Nike

Nike PG-2 Playstation Colorway – Kasut Rekaan Khas Kerjasama Antara Playstation Dan Nike

Diterbitkan pada Jan 21, 2018 oleh .

Bagi mereka yang sememangnya peminat Playstation, anda pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan kasut rekaan khas Playstation yang baru sahaja diumumkan melalui kerjasama antara Playstation dan Nike dengan nama PG-2 “PlayStation” Colorway.

Kasut tersebut direka khas dengan pelbagai imej dan lambang-lambang ikonik Playstation seperti pada lidah kasut tersebut, terdapat logo PG dan Playstation yang akan menyala seakan konsol Playstation dihidupkan. Dengan menggunakan rekaan warna seakan alat kawalan Dualshock, ia sememangnnya direka khas untuk peminat Playstation.

Menariknya juga, pada penghujung tumit kasut tersebut juga akan terdapat kod khas PSN yang pengguna boleh tebus untuk mendapatkan tema dinamik khas Paul George buat Playstation 4.

Kasut Nike PG-2 Playstation Colorway akan dilancarkan secara global pada 10 Februari ini. Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan kasut rekaan khas Playstation dan bergaya bersamanya pada Februari ini.