Informasi Permainan Video Terkini
Promosi Mingguan PSN – Summer Lesson: Hikari Miyamoto

Promosi Mingguan PSN – Summer Lesson: Hikari Miyamoto

Diterbitkan pada Jan 19, 2018 oleh .

Minggu ini bermula dari 19 sehingga 25 Januari ini, anda boleh mendapatkan permainan realiti-maya Summer Lesson: Hikari Miyamoto pada hanya RM131.40 di PSN Store berbanding harga asalnya RM219. Bagi anda yang mempunyai langganan Playstation Plus, permainan ini akan menyertakan diskaun tambahan sebanyak 5% sekaligus meletakkan harga kepada RM120.45.

Permainan Summer Lesson: Hikari Miyamoto adalah permainan realiti-maya buat Playstation VR yang mana meletakkan pemain sebagai seorang guru sambilan bagi gadis Hikari Miyamoto. Di dalam permainan tersebut, anda perlu memberi tunjuk ajar disamping mengawal masa pembelajaran Hikari selama 7 hari untuk memastikan dia berjaya di dalam ujian peperiksaan sekolahnya. Permainan ini juga memaparkan salah satu bentuk realiti-maya yang sangat menarik dengan wajah eskpressi watak-watak yang sangat nyata.

Pada awal tahun ini juga, Bandai Namco mengumumkan berkas permainan Summer Lesson: Hikari, Allison and Chisato 3 in 1 Basic Game Pack yang menyertakan kesemua gadis-gadis di dalam permainan tersebut di dalam satu berkas permainan. Buat masa ini Bandai Namco masih belum mengumumkan sebarang tarikh pelancaran buat edisi global, namun ia bakal tiba di pasaran Jepun pada 22 Februari ini.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapat permainan ini dengan harga yang murah sekarang di PSN Store.

Promosi Mingguan PSN: Summer Lesson: Hikari Miyamoto