Skip to main content

Tampaknya sistem kotak tikam (Lootbox) akan menghantui pemain pada tahun 2018 ini dimana kini, seorang pengguna Twitter, AllGamesDelta berkongsi paparan skrin permainan tersebut yang menunjukkan bahawa permainan perlawanan akan datang, Dragonball FighterZ akan mempunyai sistem kotak tikam.

https://twitter.com/AllGamesDelta/status/954327661052035072

Menurut Tweet tersebut, kotak tikam tersebut tidak boleh dibeli dengan menggunakan duit nyata dan hanyalah boleh dibeli dengan menggunakan sistem mata wang di dalam permainan tersebut, Zeni. Menariknya juga, terdapat juga mata wang Premium Z Coins yang agak mencurigakan bagi kami, namun menurut AllGamesDelta, Premium Z Coins hanya boleh diperoleh dengan barangan pendua yang diperoleh oleh pemain.

Walaubagaimana pun, Bandai Namco masih lagi belum mengumumkan sebarang pengumuman rasmi berkenaan mata wang Zeni yang terdapat di dalam permainan tersebut dan pada masa akan datang mereka juga mungkin akan mengemaskini mata wang Premium Z Coins tersebut. Namun, ia menjadi satu kebiasaan dimana permainan yang mempunyai bentuk permainan secara multi-pemain atas-talian untuk mempunyai sistem kotak tikam. Namun, kami di Aksiz juga berharap sistem tersebut hanyalah akan digunakan untuk barangan kosmetik sahaja.

Bagi anda yang tidak sabar untuk bermain permainan Dragonball FighterZ, pada 27 dan 28 Januari ini Kakuchopurei.com dan The Magic Rain akan mengadakaan acara pelancaran permainan tersebut bersama permainan Monster Hunter: World di Avenue K, Kuala Lumpur. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui acara tersebut, anda boleh melayari pautan ini.

Dragonball FighterZ adalah permainan perlawanan yang berdasarkan siri anime dan manga terkenal Dragon Ball. Ia merupakan permainan yang memfokuskan perlawanan yang pantas dan dibangunkan oleh Arc System Works, yang mana mereka terkenal dengan siri BlazBlue dan Guilty Gear. Permainan ini akan dilancarkan oleb Bandai Namco pada 26 Januari ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply