Informasi Permainan Video Terkini
Beta Terbuka Dragonball FighterZ Bakal Berlangsung Selama 24 Jam Bermula 18 Januari Ini

Beta Terbuka Dragonball FighterZ Bakal Berlangsung Selama 24 Jam Bermula 18 Januari Ini

Diterbitkan pada Jan 17, 2018 oleh .

Lanjutan daripada masalah beta terbuka Dragonball FighterZ yang berlaku pada hujung minggu lepas, Bandai Namco kini akan mengadakan beta terbuka tambahan selama 24 jam bermula jam 1 petang (Waktu Malaysia) pada 18 Januari ini.

Beta terbuka ini merupakan tindakan mohon maaf oleh Bandai Namco akibat masalah sambungan beta terbuka sebelum ini. Mereka juga berharap agar pemain dapat mencuba sesi percubaan beta terbuka tersebut.

Selain itu, menurut laporan Gematsu, Bandai Namco juga mengumumkan watak Android 21 juga boleh dimainkan. Sebelum ni Android 21 diumumkan sebagai watak yang memain peranan penting di dalam penceritaan solo permainan tersebut. Kini tampaknya watak tersebut boleh dimainkan dan beliau mempunyai rupa yang sedikit berbeza seakan watak Majin Buu.

Namun bagi anda yang ingin mencuba beta terbuka permainan Dragonball FighterZ ini, jangan lepaskan peluang untuk muat-turunnya secara percuma melalui PSN Store di Playstation 4.

Beta Terbuka : Dragonball FighterZ