SD Gundam G Generation Genesis merupakan salah satu permainan pertama di dalam siri SD Gundam G Generation yang dilancarkan secara global pada 2016 lepas di konsol Playstation 4 dan Playstation Vita, kini tampaknya bakal tiba di konsol hibrid Nintendo Switch.

Bandai Namco mengumumkan di majalah mingguan Famitsu bahawa permainan ini akan tiba di konsol Switch pada 26 April ini buat pasaran Jepun. Menariknya juga, permainan juga akan menyertakan kesemua kandungan DLC yang dilancarkan di konsol Playstation 4 dan Playstation Vita yang lepas bersama permainan SNES Super Gachapon World: SD Gundam X yang boleh dimuat-turun secara percuma untuk pembelian awal.

Bandai Namco tidak mengumumkan lagi sebarang informasi berkenaan permainan ini, namun seperti biasa, kami di Aksiz akan mengemaskini apabila Bandai Namco mengumumkannya kelak.

Sohor Kini