Dengan pelancaran Street Fighter V: Arcade Edition pada hari ini, Capcom minggu ini berkongsi video yang memaparkan kemahiran V-Trigger yang baru bagi setiap watak di dalam permainan tersebut.

Seperti yang diumumkan oleh Capcom sebelum ini, kemaskini dan juga pelancaran Street Fighter V: Arcade Edition akan menyertakan sebilangan fungsi-fungsi baru buat permainan tersebut termasuklah kemahiran V-Trigger yang baru.

Antara kemahiran V-Trigger yang baru buat Ryu adalah beliau berupaya untuk membuat serangan balas dimana kemahiran V-Trigger Ryu sebelum ini hanyalah berupaya untuk memesong serangan musuh tanpa sebarang serangan balas. Terdapat pelbagai perubahan lain dari segi kemaskini yang bakal tiba secara bersama buat permainan Street Fighter V.

Street Fighter V: Arcade Edition akan dilancarkan di Playstation 4 dan PC pada 16 Januari 2018 dengan segala kemaskini yang dilancarkan bersama permainan teras Street Fighter V sebelum ini. Selain itu, bagi pemilik asal permainan Street Fighter V, kemaskini ini akan tiba secara percuma.

Sohor Kini